Monday, January 3, 2011

selamat tahun baru 2011

Malam yang tenang (pada hari Sabtu 1/1/2011).

Aku dgn mak di rumah, seperti biasa. Tak ada apa yg special utk tahun baru Masehi 2011.
Tak terasa sangat ini tahun baru sebab rasanya baru saja sambut Awal Muharam bulan Disember dengan doa awal tahun dan akhir tahun.

Semoga diri dan ummat Islam yg lain sentiasa berqanaah dan istiqamah dengan pencapaian ibadat dan berusaha lagi menambah amalan insyaAllah.

Sebenarnya agak hampa tak dapat menghadiri majlis walimah Mawaddah di Sungai Buloh..seorang akhawat yg bersama2 mengenal erti dakwah semasa di Russia dulu. Ada tugas yg harus dibuat...tugas duniawi yang entah bila akan selesai. Moga Allah temukan dia dengan sakinah dan ketenangan selepas menikah..moga dia mendapat cinta hakiki diharap2kan..